KOS PERUBATAN MENINGKAT, APA TINDAKAN KITA?
Kita selalu diwar-warkan dengan kos perubatan yang meningkat mahal. Ramai yang merungut tetapi apakah tindakan
yang boleh kita ambil untuk menghadapi kos perubatan yang semakin
meningkat ini?
Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Diantaranya ialah mencari rawatan ketika sakit. Nabi Muhammad SAW dalam beberapa hadisnya mengingatkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya.

Hadis Nabi "Tiada penyakit yang Allah telah ciptakan, kecuali yang Dia telah menciptakan rawatannya”, (Riwayat Bukhari). "Gunalah rawatan perubatan, kerana Allah tidak menyebabkan suatu penyakit tanpa melantikkan suatu ubat untuknya, dengan pengecualian satu penyakit, iaitu keuzuran”, (Abu Daud).
Dengan itu mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan.
Namun mencegah tentunya lebih baik dari mengubati. Oleh itu marilah kita kembali menghayati cara hidup Rasulullah saw. Marilah kita menghidupkan sunnah Nabi Muhammad saw. Antaranya ialah dengan mengambil makanan kegemaran baginda yang telah terbukti banyak khasiat dan manfaatnya.
Comments
Post a Comment