Posts

Showing posts from June, 2016

ARABIC GUM - DISEBUT DI DALAM AL-QURAN

Image
Gam Arab (Arabic Gum) atau Al Manna adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di negara-negara Afrika terutamanya di Sudan. Di sebelah barat mereka memanggil produk ini sebagai Acacia Powder. Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah. Manna dikenali dan diakui oleh 3 kitab iaitu Al- Quran, Injil dan Taurat adalah anugerah Allah SWT kepada Nabi Musa A.S. "Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri" - Surah Al-Baqarah ayat 57. Manna merupakan satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan. ...